KarangKraf Rasa Magazine Mac '07 - html
Mat dendeng
DAGING SALAI HALAL BUAT
PENGGUNA BUMIPUTERA
MEMBELI
product daging salai mungkin kedengaran agak asing buat
sesetengah antara kita orang Melayu.
LANTARAN tidak tahu bagaimana cara untuk menikmati
hidangan tersebut dan juga kurang arif mengenainya,
menjadikan produk daging salai tidak popular di kalangan
orang Melayu. Namun hidangan daging salai sememangnya
cukup digemari oleh kaum Cina yang menjadikan hidangan daging salai antara menu istimewa.Jika tidak pun, daging
salai tersebut dijadikan sebagai hidangan snack yang boleh
diambil bila-bila waktu.
Sebenarnya bagi individu yang sudah biasa menikmati
keenakan dan keaslian rasa daging salai tentu berasa betapa
enaknya hidangan tersebut. Dan, berasa suatu kerugian jika
tidak dinikmatinya.
Tujuan untuk terus memperkenalkan hidangan daging salai
kepada umum oleh salah seorang pengusaha berbangsa
Cina untuk menghasilkan produk daging salai yang halal
dengan melabelkan produk keluarannya dengan jenama Mat
Dendeng di bawah syarikat Fajaru Marketing Sdn. Bhd. telah
merealisasikan impian Puan Grace Chu YF.
Perkongsian niaga dengan Chef Mohd Ridzuan Abdullah
yang merupakan seorang mualaf, menjadi nadi utama dalam
menghasilkan produk daging salai dengan pelbagai citarasa
untuk pengguna.
Menyedari keistimewaan yang dimiliki oleh Fajaru
Marketing Sdn Bhd yang beroperasi di 16-G Jln Juara 1/3, Tmn Juara jaya, Balakong, Selangor, majalah RASA
ingin mencungkil rahsia disebalik perkongsian perniagaan
yang diusahakan. Diharapkan, ianya akan dapat memberi
pengetahuan dan sedikit sebanyak memberi pendedahan
dan ilmu kepada pembaca RASA.
RASA: Bagaimana mulanya tercetus idea untuk mengusahakan
perniagaan daging salai pada peringkat awalnya?
Chu: Sebenarnya, idea awalnya datang dari suami saya sejak
10 tahun yang lalu. Dia melihat makanan daging salai ini
cukup digemari oleh kaum kami. Dan dia yakin, keenakan
rasa daging salai pasti juga digemari oleh kaum lainnya di
Malaysia. Saya juga bersependapat dan yakin dengannya.
Dan untuk itu, kami yakin perniagaan berasaskan daging
salai boleh pergi jauh. Tambahan pula, kami sedar belum ada
satu pun syarikat perniagaan daging salai di Malaysia ketika
itu yang memproses produk daging salal yang halal. Namun
kami berdua bukanlah chef atau pakar masakan yang boleh
menghasilkan resipi untuk produk tersebut.
RASA: Jadi bagaimana tanpa resipi yang khusus, perniagaan
Fajaru Marketing Sdn Bhd. boleh menjalankan operasinya
dan bertahan hingga ke hari ini?
Chu: Sebenarnya ada tersimpan cerita disebalik apa yang
boleh kita lihat pada hari ini. Pada tahun 2003, semua itu
bermula. Suami mempunyai seorang kenalan chef dan
kebetulan dia adalah seorang Cina Muslim iaitu Chef Mohd
Ridzuan Abdullah. Ridzuan memang pakar dalam penyediaan daging salai dan sebelum itu juga Ridzuan
berpengalaman berkerja dengan hotel-hotel terkemuka di
tanah air. Kerja¬kerja R&D kami jalankan selama hampir satu
tahun lamanya. Ini bagi memastikan produk yang bakal kami pasarkan adalah
yang terbaik dan dapat diterima oleh semua bangsa dan
agama.
RASA: Oleh itu, apakah sebenarnya misi utama Fajaru
Marketing Sdn Bhd?
Chu: Menjadi misi utama syarikat kami untuk mendapatkan
kepercayaan orang ramai menerima produk keluaran kami.
Sebelum ini produk daging salai hanya dikena dikalangan
kaum Cina sahaja. Jadi kami mahu memasarkan produk kami
dengan lebih luas dan diterima ramai. Kami juga sentiasa
akan menyediakan produk yang berkualiti dan terbaik untuk
mencapai tahap yang ditetapkan.
RASA: Selain produk daging salai, apakah produk lain
keluaran Fajaru Marketing Sdn Bhd?
Chu: Antara rangkaian produk keluaran kilang kami adalah
seperti Ayam Panggang dengan tiga citarasa, iaitu Asli, Lada
Hitam dan Cili. Manakala Daging Panggang pula dengan
perasa yang sama juga dengan ayam. Kami juga ada menghasikan
Chicken Floss (Serunding Ayam) dengan dua perasa
iaitu Asli dan Rumpai Laut. Buat masa akan datang, kami
bercadang untuk dapat menghasilkan lebih banyak produk
berbanding hari ini Semua itu memerhukan kajian R&D yang khusus dan terperinci sebelum produk tersebut dapat kami
pasarkan kepada pengguna.
RASA: Boleh terangkan proses pembuatan daging salai
dengan serba ringkas?
Chu: Bermula dengan pemilihan daging atau ayam yang
berkualiti pada peringkat awalnya. Kemudian daging akan
dihancurkan bersama dengan campuran rempah, garam, serbuk cili, gula dan sebaginya dengan menggunakan mesin
khas. Seteah daging dihancurkan ia akan melalui peringkat
seterusnya, iaitu dimasukkan ke dalam bekas bersaiz empat segi. Dari sini, daging tersebut akan dimasukkan ke dalam oven. Dibakar buat seketika. Kemudian baruah dipanggang hingga kering. Di sini, kami masih mengekalkan cara tradisi
dengan memanggang menggunakan arang untuk memberi keaslian rasa produk kami. Setelah masak, daging panggang akan dibiarkan sejuk sebelum dibungkus untuk dipasarkan.
RASA: Kapasiti pengeluaran dalam sehari?
Chu: Jika ingin dilihat pada sudut pengeluaran produk,
dalam sehari kapasiti pengeluaran adalah 200 kg. Di sini,
kami masih menggunakan cara semi manual untuk
menghasilkan produk dan dijangkakan untuk masa akan
datang kami akan menggunakan 100% mesin untuk
meningkatkan lagi mutu dan kuantiti produk yang dikeluarkan.
Buat masa ini, perkerja saya hanya dua orang dan mereka ini
orang Melayu. Jika kami menerima permintaan yang banyak,
kami akan mengambil perkerja sambilan yang juga terdiri dari kaum Malayu. Hal halal begitu saya tekankan dan saya ambil serius tentang itu.
RASA: Sehingga kini, bagaimana penerimaan produk
keluaran Fajaru Marketing Sdn Bhd dikalangan kaum Melayu.
Chu: Bukan mudah untuk kami mendapatkan kepercayaan
daripada pelanggan. Setelah kami menyertai MIHAS 2005 dan MIHAS 2006 banyak perubahan yang dapat kami lihat. Kini pasaran produk kami Iebih meluas dan berjaya memberi keyakinan kepada pengguna untuk menikmati produk keluaran kami. Dan kami juga akan terus menyertai MIHAS untuk tahun-tahun akan datang.
RASA: Di manakah produk Fajuru Marketing Sdn Bhd
boleh didapati?
Chu: Produk-produk berkualiti kami boleh dengan mudah
didapati oleh pelanggan di ISETAN, Sogo dan KLCC buat
masa ini. Dan akan datang, kami sedang bercadang untuk
menempatkan produk kami di Pasaraya TESCO, Giant dan
sebagainya. Harga yang kami tawarkan juga cukup berbaloi
iaitu RM 5.00 untuk 100 gm ayam salai dan RM 5.90 untuk
100 gm daging salai. Buat pelanggan yang ingin lebih
mengetahui tentang produk mahupun profil syarikat kami
bolehlah terus email kapada enquiry@matdendeng.com.
untuk mendapatkan makluman dan mengajukan sebarang
persoalan.
'Misi utama syarikat mendapatkan
kepercayaan
orang ramai
menerima
produk keluaran kami.
Kami
sentiasa menyediakan produk yang
berkualiti dan terbaik untuk mencapai
tahap yang ditetapkan.'
PENYELARAS RASA: MARLIANA SHAMSUDDIN FOTO: AHMAD JOHANIF AZMAN
Rasa Mac '07
© Copyright by KarangKraf |